| Program Gerak Gempur MatematikTambahan Anjuran AKRAB UTHM Tarik Penyertaan dari Batu Pahat & Kluang |
|
UTHM 17 Julai , Persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat pertama kalinya menganjurkan program kelas bimbingan intensif subjek Matematik Tambahan khusus untuk calon - calon Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelajar sekolah di sekitar daerah Batu Pahat dan Kluang. Program yang telah bermula seawal jam 9.00 pagi itu telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha AKRAB UTHM, Hajah Sarebah. Untuk meningkatkan keberkesanan program ini semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Program ini juga telah diselitkan dengan slot motivasi yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Samsudin Bin Husin. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk program ini pihak penganjur telah bercadang untuk mengadakan siri kedua pada 30 dan 31 Julai. Sekiranya program ini masih mendapat sambutan pihak penganjur akan menyambung siri ketiga selepas Hari Raya. Kepada staf UTHM yang ingin menghantar anak mereka ke program ini sila berurusan dengan En Nor Azuwan (samb 7576) / Puan Radin Mazna (samb 7509).
Disediakan oleh , |
|
| Last Updated ( Selasa, 19 Julai 2011 ) |