UTHM Raikan Rakan Media
Hear this article
Sebagai menghargai sumbangan media kepada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Unit Perhubungan Awam, Pejabat Naib Canselor telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakan Media bertempat di Aras 5 Bangunan Perpustakaan UTHM pada 12 Ogos lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh wakil media massa Batu Pahat dan unit-unit di dalam UTHM yang telah banyak menyumbang kepada hubungan media universiti.Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah mengenai kesabaran di bulan Ramadan, disampaikan oleh Prof, Madya Dr. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus, Pengarah Pusat Islam, UTHM.
 

Sementara itu, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM turut memberi ucapan ringkas, melahirkan penghargaannya kepada semua media yang terlibat, atas jasa dan sumbangan mereka pada universiti.Hadir sama, Bendahari, Tuan Haji Abu Bakar Hussain dan antara wakil media yang hadir adalah dari akhbar Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian dan juga New Straits Times.Sebelum menikmati jamuan utama, semua tetamu menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Surau Perpustakaan.

 


-- 
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam

 

Last Updated ( Khamis, 18 Ogos 2011 )