UTHM, IPTHO dan SIC ‘khatankan' anak-anak yatim
Hear this article

 

Parit Raja, gabungan tiga badan iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia(UTHM), Institut Perguruan Kampus Tun Hussien Onn Malaysia(IPTHO), Batu Pahat dan Saga Iswara Club, Batu Pahat meneruskan aktiviti tahunan mereka dengan ‘mengkhatankan' anak-anak yatim baru-baru ini.

Penyelaras Majlis Berkhatan Pelajar Sekitar Parit Raja, Muhd Faizal berkata, kerja amal tahunan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban golongan terbabit dan mahu melihat mereka mempunyai hubungan erat dengan ketiga-tiga badan berkenaan.

Muhd Faizal berkata, anak-anak yatim di sekitar kawasan Parit Raja ini dianggap sebagai ‘tetamu' dan mereka wajar menerima layanan yang baik.

Menurutnya, seramai 16 murid berumur sekitar 11 tahun dikhatankan dan mereka ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading, Sk Pintas Puding dan SK Pintas Jaya.

"Diharapkan kepada mereka yang menyertai pogram ini dapat mempelajari sesuatu iaitu kemeriahan berkhatan beramai-ramai sebagaimana yang dilakukan oleh mereka terdahulu.

"Sebelum berkhatan mereka akan dirai sebagaimana pengantin iaitu dikompangkan dan juga diarak menuju kawasan di mana tempat mereka bakal berkhatan.

"Sudah tentu ia sesuatu pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka ini berbanding dengan mereka yang berkhatan di klinik atau hospital kerana tidak melalui pengalaman berkenaan," kata-katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama pada pogram tersebut ialah Wakil Naib Canselor bagi menjalankan tugas Hal Ehwal Pelajar UTHM; Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim,  Pengarah IPTHO; Zaleha Onn dan Guru Besar SK Pintas Puding, Hamzah Abd Jamak.

Faizal berkata, golongan seperti ini sememangnya memerlukan pemerhatian dan sebagai warga universiti serta orang ramai mereka perlu  memberi galakan kepada anak-anak Yatim ini.

"Dikesempatan ini pihak kami bersama penganjur yang lain berharap kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan lagi demi membela dan membantu anak-anak yatim,"katanya.

"Sumber Sinar Harian"