| KKTDI rangkul Anugerah Kolej Kediaman Terbaik dalam Malam Anugerah Pelajar 2011 |
Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul Anugerah Kolej Kediaman Terbaik pada Malam Anugerah Pelajar 2011 yang telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 4 Mei 2012 lalu.
Anugerah yang dirangkul warga KKTDI itu merupakan satu penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus lumus mentadbir, mengurus, melaksana serta membangunkan kolej kediaman menjadi satu penempatan pelajar yang terbaik. Pengetua KKTDI, Dr. Khairul Azman Mohd. Suhaimy berkata anugerah yang dirangkul itu merupakan hasil kerjasama dan sokongan daripada seluruh warga kolej termasuklah kepimpinan terdahulu. Baginya sama seperti ungkapan "rumahku,syurgaku", usaha membangunkan kolej kediaman menjadi satu pusat yang selesa dihuni amat perlu untuk membantu meningkatkan lagi prestasi para pelajar. Malam anugerah bertemakan "Glamorous" itu juga menyaksikan penyampaian beberapa anugerah lain bagi 15 kategori yang dipertandingkan. Antaranya anugerah Mahasiswa/i Gemilang, Program Terbaik, Kolej Kediaman Terbaik, Pasukan Kebudayaan Terbaik, Kelab/Persatuan Terbaik dan Kepimpinan Terbaik. Malam Anugerah Pelajar 2011 telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin. Beliau dalam ucapannya berkata kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum perlulah seiring dalam usaha melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan berwibawa. Justeru, beliau mengingatkan mahasiswa agar tidak melepaskan peluang yang ada dengan melibatkan diri dalam bidang ko-kurikulum atau sebarang aktiviti yang dianjurkan dan pada masa yang sama tetap tidak mengabaikan kecemerlangan akademik. Hadir sama Naib Canselor UTHM, Profesor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Wahid Razzaly serta beberapa pegawai kanan universiti. Majlis yang berkonsepkan makan malam itu turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian dan tarian oleh para pelajar di bawah bimbingan Unit Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, UTHM. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus juga turut mendendangkan dua buah lagu bagi memeriahkan lagi persembahan malam tersebut. Penganjuran majlis ini bertujuan memberi galakan, penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar, persatuan dan kelab yang telah banyak menyumbang bakti dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum mahupun akademik. Majlis ini juga adalah untuk memberi sokongan dan dorongan kepada mereka untuk meningkatkan lagi prestasi masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli. Keputusan Penuh Malam Anugerah Pelajar 2011:
-- Shafry Salim Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007 Faks: 07-453 6548 BBM Pin: 28E080C2 |
|||||||||||||||||||||||||||||||
| Last Updated ( Rabu, 09 Mei 2012 ) | |||||||||||||||||||||||||||||||