Sanggar Kerja

Pusat ini akan rnengendalikan review penyelidikan sekurang-kurangnya dua kali setahun dengan mengadakan sanggar kerja yang berkala. Hasil penyeldikan, kemajuan dan arah masa depan akan dibentangkan oleh penyelidik, pelajar, penyelidik pelawat, dan tetamu jemputan.

Sebaran Hasil Penyelidikan

Pusat ini akan menyebarkan hasil penyelidikan secepat yang mungkin. Sebaran ini akan dibuat melalui buletin penyelidikan, laman sawang Pusat, penerbitan jurnal, dan persidangan mengikut kesesuaian. Antara hasil penyelidikan yang telah dijalankan di bawah naungan WARAS adalah Design of Microstrip Bandpass Coupled Lines Filter, Development of Natural Radio ELF/VLF Receiver, Design of Magnetic Observatory Terminal dan Initial Magnetic Survey at KUiTTHO.

Hak Cipta Intelektual

Keluaran Paten dan Pusat dijangkakan jarang sekali. Seandainya ia berlaku, hal ini akan dilakukan mengikut polisi Universiti. Semua ahli Pusat adalah tertakiuk kepada polisi ini.

Penyelidikan di makmal ini bertumpu kepada Aeronoini dan Sains Angkasa. Kajian dalam bidang ini masih diperingkat awal di Malaysia. Peralatan asas telah diperolehi dan kajian ionosfera kawasan khatulistiwa sedang berjalan. Buat masa ini tiada terdapat mana-mana universiti yang mempunyai peralatan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 ::Best view in iexplorer 1024 x 768 resolution and 16 bit colors::
:: All copyright reserved WarasKUiTTHO :: 
     : i-masCreative Design: