Makmal Penyelidikan

Penyelidikan yang dijalankan di Pusat berteraskan tujuh (7) bidang berikut. Penyelidikan akan dilaksanakan di dalam Makmal Penyelidikan seperti berikut:

Makmal Aeronomi dan Sains Radio

Makmal Antena dan Perambatan

Makmal Rekebentuk RF dan Gelombang Mikro

Makmal Komunikasi Satelit

Makmal Sistem Komunikasi Mobil dan Peribadi

Makmal Pemprosesan Isyarat dan Multimedia

Bengkel Baikpulih

 

 

Makmal Aeronomi dan Sains Radio

Penyelidikan di makmal ini bertumpu kepada Aeronoini dan Sains Angkasa. Kajian dalam bidang ini masih diperingkat awal di Malaysia. Peralatan asas telah diperolehi dan kajian ionosfera kawasan khatulistiwa sedang berjalan. Buat masa ini tiada terdapat mana-mana universiti yang mempunyai peralatan ini.

Makmal ini mempunyai alat asas seperti ionosonde yang terunggul di Malaysia. Ia membolehkan profil ionosfera dikaji dan ramalan komunikasi jarak jauh boleh dijalankan. Proses pemasangan CADI antena telah dijalankan pada Julai 2004.

Peralatan lain yang akan diperolehi adalah

1. Dual Frequency Scintillation and TEC Monitor

2. Pencerap Medan Magnet

Kembali

 

Makmal Antena dan Perambatan

Penyelidikan di makmal ini bertumpu kepada perambatan radio di luar dan dalam bangunan.

Masaalah yang dihadapi dalam sesebuah sistem komunikasi radio ialah pemudaran bayang berubah-masa (time-varying shadow fading), perambatan multi-lintasan (multipath propagation), dan gangguan sesaluran (co-channel interference) yang akan memudaratkan komunikasi wayarles. Penyelidikan antena dan perambatan akan mencirikan dengan baik persekitaran dalam dan luar bangunan supaya penyelesaian tahap-sistem boleh diperolehi.

Kajian juga akan dibuat dalam bidang sistem antena pintar dan penggu­naan antena tatasusun stesen tapak untuk mengelakkan perambatan multi­lintasan dan gangguan sesaluran.

Keperluan peralatan dan perisian adalah seperti berikut:

1. Padang sasar pengujian antena

2. Perisian simulasi perambatan dan antena

Kembali

 

Makmal Rekebentuk RF dan Gelombang Mikro

Penyelidikan yang dijalankan di makmal ini bertumpu kepada kajian litar elektronik RF dan gelombang inikro. Kajian dalam sintesis litar yang sesuai untuk terininal dan telefon akan dilaksanakan. ini termasuk penguat hingar rendah (low noise amplifier), pen­guat kuasa, pengayun, pencampur, penukar analog ke digit, dan pemproses isyarat. Penyelidikan berorientasi litar akan dipandu oleh keperluan sistem wayarles.

Makmal ini mempunyai alat asas seperti Network Analyser yang boleh digunakan untuk mengkaji dan merekabentuk litar RF dua perigkalan (two-port).

Keperluan peralatan tambahan adalah seperti berikut:

1. Spectrum Analyser

2. Perisian Rekabentuk RF

Kembali

 

Makmal Komunikasi Satelit

Penggunaan satelit dalam komunikasi amat pesat. Oleh itu kajian komunikasi satelit akan dijalankan memandangkan ciri-ciri komunikasi di kawasan tropika amat berbeza dengan kawasan tempatan yang mana terdapat banyak data. Penyelidik juga terlibat dengan projek mikrosatelit negara dan makmal ini merupakan penggerak kepada pembangunan teknologi mikrosatelit.

Peralatan komunikasi satelit seperti berikut telah diperolehi:

1. Dual band transceiver

2. Antena Yagi untuk jalur VHF dan UHF

Kembali

 

Makmal Sistem Komunikasi Mobil dan Peribadi

Penyelidikan di makmal ini bertumpu kepada kajian komunikasi mobil dan peribadi. Kajian berkaitan adalah seperti sistem antena “multi-input multi-output”. Penyelidikan yang dijalankan termasuk pemodulatan dan penkodan, strategi untuk meningkatkan penggunaan spektrum yang effisien dan pengesanan isyarat, strategi multi-capaian (TDMA dan CDMA). Perisian seperti OPNET yang digunakan di industri akan melengkapi kajian rangkaian komunikasi di makmal ini.

Kembali

 

Makmal Pemprosesan Isyarat dan Multimedia

Penyelidikan di makmal ini akan mengkaji strategi capaian media berasaskan selular dan pengurusan persekitaran multi-selular untuk menyokong mobiliti pengguna. Kajian juga akan dibuat dalam bidang rangkaian kawasan wayarless

Kembali

 

Bengkel Baikpulih

Sebuah bengkel baikpulih diperlukan untuk memastikan peralatan di Pusat diselenggara dengan baik. Bengkel ini juga akan digunakan untuk membina peralatan prototaip.

Di antara peralatan yang perlu adalah:

1. osiloskop

2. multimeter

3. soldering station

4. perisian PCB layout

Kembali

 

::Best view in iexplorer 1024 x 768 resolution and 16 bit colors::
:: All copyright reserved WarasKUiTTHO ::
     : i-masCreative Design: