JAWATAN KOSONG (PENTADBIRAN) Sesi 2 / Tahun 2020


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SEMENTARA / TETAP seperti berikut :-

JAWATAN PENTADBIRAN
JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA
BIL NAMA JAWATAN GRED PERINCIAN
1. Pembantu Keselamatan KP19 KLIK SINI
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 KLIK SINI
3. Pembantu Akauntan W19 KLIK SINI
4. Pemandu Kenderaan H11 KLIK SINI
5. Pengawal Keselamatan KP11 KLIK SINI
  1.  PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

  1. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

  1. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)

Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.

  1. CARA MEMOHON

(a) Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.

(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada .

  1. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada
   7 Julai 2020 (Selasa) sebelum jam 3.00 petang.

  1. KETERANGAN AM

(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.

(b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.

(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.

© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ® 2020. All Rights Reserved. Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024. This website is bound by the Copyright Notice mentioned.

  • Last Modified: Monday 26 October 2020, 08:20:18.
QS 5 Stars Rated for Excellence