Skip to main content

Buletin UTHM


Buletin UTHM Bil 2/2026

facebook twitter website youtube linkedin instagram tiktok 
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Sri / Prof. Datuk / Dato’/ Prof. / Tuan / Puan,
"Berita, maklumat, dan kemajuan terkini UTHM kini di hujung jari anda.
Layari Buletin UTHM terbaharu hari ini."

Buletin UTHM

Bil 2/2026

Profesor Dr. Afandi Ahmad dilantik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM yang baharu

Profesor Dr. Afandi Ahmad dilantik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM yang baharu
Oleh Suriayati Baharom

BATU PAHAT, 4 Feb 2026 – Profesor Dr. Afandi Ahmad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu berkuat kuasa mulai 3 Februari 2026 sehingga 2 Februari 2028.

Pelantikan itu bagi menggantikan Profesor Dr. Shahruddin Mahzan @ Mohd Zin yang telah tamat tempoh lantikannya pada 31 Januari 2026 lalu.

Pelantikan itu mencerminkan keyakinan universiti terhadap kepimpinan beliau dalam memperkukuh kecemerlangan akademik serta memperluas jaringan pengantarabangsaan UTHM.
Prof. Afandi merupakan seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik.

Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dari Brunel University of London pada tahun 2010, selepas menamatkan pengajian Sarjana Sains (Mikroelektronik) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 dan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan (Elektrik) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn pada tahun 2002.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting di UTHM termasuk Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dari tahun 2018 hingga 2021 serta Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh sejak Disember 2023.

Beliau juga merupakan Profesor VK7 di Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan penyelidik utama di Institut Kejuruteraan Integrasi UTHM.

Dalam bidang penyelidikan, Prof. Afandi aktif meneroka kepakaran dalam sistem terbenam (embedded system), pemprosesan imej diagnostik perubatan, pengkomputeran berprestasi tinggi, bioelektronik dan instrumen, serta aplikasi Internet of Things (IoT) dalam peranti perubatan.

Prof. Afandi juga pernah menjalani cuti sabatikal di Universiti Sains Islam Malaysia, Aalborg-UNESCO Centre for Problem-Based Learning Aalborg Universitet Denmark dan Teaching & Learning Lab, The University of Melbourne, Australia bagi menfokuskan kajian berkaitan pendidikan berteraskan nilai, pembelajaran berasaskan masalah dan projek (PBL/PoPBL) serta analitik data pembelajaran.

Sementara itu, Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali turut mengucapkan tahniah, sekali gus menyatakan keyakinannya terhadap pelantikan tersebut yang diharapkan bakal memperkukuhkan lagi usaha meningkatkan kualiti akademik, kebolehpasaran graduan, jaringan kerjasama antarabangsa serta reputasi UTHM sebagai universiti teknikal bertaraf dunia.

“Pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Afandi atas pelantikan ini dan mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam memimpin agenda akademik dan pengantarabangsaan universiti,” katanya.

Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM

Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM
Oleh Suriayati Baharom

BATU PAHAT, 23 Feb 2026 - Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad, FASc dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bermula 1 Mac 2026 sehingga 29 Februari 2028.

Pelantikan semula itu merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh agenda penyelidikan dan inovasi universiti.
Menurut Prof. Rabiah, pelantikan semula itu meletakkan amanah dan tanggungjawab kepadanya bagi merancakkan lagi kecemerlangan rangka kerja strategik RDICE (Research, Development, Innovation, Commercialization and Economy) iaitu salah satu pelan tindakan yang terkandung dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM 2026-2035) yang telah diluncurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sepanjang tempoh perkhidmatan sebelum ini, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkasa budaya penyelidikan, memperluas jaringan kolaborasi strategik serta meningkatkan pencapaian universiti dalam pelbagai penarafan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Prof. Rabiah yang juga penyelidik utama di Industry Centre of Excellent for Railway (ICOE-REL), mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dalam bidang teknologi maklumat dan keselamatan siber.

Beliau memulakan perjalanan akademik dengan pengajian diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke Royal Holloway, University of London (MSc dalam Keselamatan Maklumat) dan University of Sheffield, United Kingdom (PhD dalam Health Informatics).

Sepanjang lebih dua dekad kerjaya sebagai pendidik, penyelidik dan pemimpin akademik, Prof. Rabiah telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan strategi penyelidikan institusi.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Pengarah Strategik dan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan, serta turut terlibat dalam jawatankuasa profesional dan akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebagai pakar Information, Computer and Communications Technology (ICT) dengan penekanan terhadap sistem keselamatan, beliau juga aktif dalam penyelidikan melalui penyertaan dalam pelbagai projek, penerbitan dan pembangunan modul akademik.

Tambahan lagi, beliau turut mengekalkan hubungan kerjasama industri dan masyarakat melalui peranan profesionalnya, termasuk sebagai ahli jawatankuasa keselamatan siber dan penyelidikan strategik.

Sementara itu, Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali turut mengucapkan tahniah atas pelantikan itu dan berharap pengalaman luas serta kepakaran Prof. Rabiah akan terus memberi manfaat kepada agenda penyelidikan, inovasi, kolaborasi industri serta pengkomersialan hasil penyelidikan universiti.

“Pelantikan ini juga diharapkan dapat memperkukuh lagi jaringan global universiti dalam bidang penyelidikan dan inovasi,” katanya.

Berita ini juga diterbitkan di:

1. Malaysia Gazette (malaysiagazette.com), 23 Februari 2026: Dr. Rabiah dilantik semula sebagai Timbalan Naib Canselor UTHM

https://malaysiagazette.com/2026/02/23/dr-rabiah-dilantik-semula-sebagai-timbalan-naib-canselor-uthm/

Projek Pisang dan Coklat semarakkan ekosistem prihatin UTHM-Kampus Cawangan Pagoh

Projek Pisang dan Coklat semarakkan ekosistem prihatin UTHM-Kampus Cawangan Pagoh
Oleh Profesor Dr. Afandi Ahmad, Pejabat Provost UTHM-KCP

PAGOH, 9 Februari 2026 – Bagi memberi sokongan penuh kepada para pelajar agar terus cemerlang dalam tempoh peperiksaan, ‘Projek Pisang & Coklat’ yang terdahulu membawa jenama ‘Projek Pisang’ diteruskan lagi pada semester ini di UTHM-Kampus Cawangan Pagoh (UTHM-KCP).

Program anjuran warga kerja Pejabat Provost UTHM-KCP menerusi Projek 70:20:10 – 10% Inovasi Tadbir Urus itu bukan sekadar memberikan snek ringkas sarapan pagi kepada para pelajar sebelum menduduki peperiksaan, tetapi turut bertujuan mengangkat falsafah “Erti Hidup Dengan Memberi” dan “Terus Belajar & Memperbaiki Diri.”

Menerusi projek itu, warga kerja di Pejabat Provost dilatih berkaitan pengurusan projek, kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi berkesan yang merupakan kemahiran penting dalam merealisasikan organisasi yang efisyen.

Projek yang dibiayai sepenuhnya hasil sumbangan alumni dan staf itu menyaksikan kehadiran bersama kepimpinan dan kumpulan staf UTHM-KCP yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Afandi Ahmad.

Menurut Prof. Afandi, pisang dipilih untuk diberikan kepada para pelajar kerana snek itu menjadi pembekal tenaga dan sumber potassium yang terbaik.

“Potassium dalam tubuh akan hilang apabila diri berada dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi pada minggu padat menjelang peperiksaan, selain vitamin B yang dibekalkan juga baik untuk meredakan perasaan gementar.

“Manakala dark chocolate merupakan snek pemangkin minda yang kaya dengan flavonoid untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak, sekali gus menajamkan fokus dan daya ingatan.

“Kandungan antioksidan yang ada didalamnya membantu melawan keletihan mental dalam tempoh peperiksaan yang lama, manakala rangsangan hormon endorfin bertindak meredakan tekanan kepada para pelajar,” katanya.

Projek yang dilaksanakan sebanyak tiga kali pada sepanjang tempoh tiga minggu peperiksaan itu mencerminkan kesungguhan ke arah membudayakan ekosistem prihatin di UTHM-KCP.

“Semoga usaha yang dijalankan ini dapat memberikan dorongan kepada para pelajar, seterusnya berjaya menjawab peperiksaan dengan cemerlang, selain menajamkan kemahiran pengurusan projek dalam kalangan staf di UTHM-KCP,” tambah Prof. Afandi.

UTHM laksana Projek Hidroponik Sifar Karbon Pintar, pacu pertanian hijau komuniti

UTHM laksana Projek Hidroponik Sifar Karbon Pintar, pacu pertanian hijau komuniti
KUANTAN - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pemacu pemerkasaan komuniti dan kelestarian alam sekitar apabila Projek Hidroponik Sifar Karbon Pintar Fasa 1 berjaya dilaksanakan di Pangkalan Udara Kuantan di bawah pelaksanaan Program Ekonomi MADANI.

Projek berteraskan pertanian pintar itu bertujuan memperkasa komuniti ‘Bakat’ dalam menjana pendapatan secara mampan melalui aplikasi teknologi hijau dan inovasi berimpak tinggi, selari dengan aspirasi Program Ekonomi MADANI serta agenda pembangunan lestari negara.

Sesi pemantauan projek telah dihadiri oleh Pengerusi Bakat PU Kuantan Rosdiana Mat Yakim, bersama delegasi UTHM yang diketuai oleh Dr. Nurul Nadia Adnan, Ketua Jabatan Masyarakat dan Pemindahan Ilmu, ICRC pada Januari lalu.

Projek itu mengaplikasikan teknologi Agro-IoT, hasil penyelidikan oleh Dr. Ansar Jamil dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), UTHM yang membolehkan pemantauan pintar secara masa nyata terhadap parameter kritikal sistem hidroponik termasuk penggunaan tenaga, persekitaran tanaman dan kecekapan operasi.

Pendekatan itu menyokong pelaksanaan konsep sifar karbon melalui pengoptimuman sumber dan pengurangan jejak karbon dalam aktiviti pertanian komuniti.

Menurut Dr. Nurul Nadia, pencapaian awal mendapati projek itu telah berjaya merekodkan hasil tuaian sebanyak 30 kilogram sawi dan 20 kilogram bayam, sekali gus membuktikan keberkesanan teknologi hidroponik pintar dalam meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil tanaman.

”Selain berfungsi sebagai tapak pengeluaran pertanian moden, projek itu turut menjadi platform latihan, pemindahan ilmu dan pembangunan kemahiran kepada komuniti setempat dalam bidang pertanian pintar, teknologi Internet Benda (IoT) dan keusahawanan hijau.

”Pelaksanaan Projek Hidroponik Sifar Karbon Pintar ini diharap dapat diteruskan dan diperluaskan ke fasa seterusnya bagi memperkukuh impak ekonomi dan sosial kepada komuniti Bakat, sekali gus menzahirkan komitmen berterusan UTHM dalam menjayakan agenda Program Ekonomi MADANI melalui inovasi dan pemindahan ilmu berimpak tinggi,” katanya.

UTHM laksana PANRITA #12, perkukuh agenda TVET antarabangsa

UTHM laksana PANRITA #12, perkukuh agenda TVET antarabangsa
Oleh Prof. Madya Dr. Fadillah Ismail

MAKASSAR, 2 Februari 2026 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan melalui pelaksanaan PANRITA #12 (Visiting Professor Activity Schedule) yang berlangsung pada 1 hingga 7 Februari 2026 lalu bertempat di Universiti Muhammadiyah Makassar (UNISMUH).

Bagi mengukuhkan komitmen kerjasama antara dua universiti, delegasi UTHM yang diketuai Profesor Dr. Narimah Kasim telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama UNISMUH yang diketuai Rektornya, Profesor Dr. Ir. Abd. Rakhim Nanda.

Sepanjang program, UTHM mengangkat naratif 'UTHM Go Global' dengan mengetengahkan kepakaran berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang bersifat praktikal dan berorientasikan penyelesaian isu sebenar melalui enam siri perkongsian ilmu iaitu tadbir urus, transformasi digital, literasi kewangan, pembangunan modal insan dan pengurusan sisa.

Dalam usaha memperluas jaringan serantau, kerjasama turut diperkukuh melalui pertemuan strategik bersama warga Universiti Hasanuddin (UNHAS), termasuk sesi libat urus dengan Timbalan Rektor, Profesor Dr. Eng. Adi Mualana bagi membincangkan aktiviti bagi tahun 2026 seperti mobiliti akademik, penerbitan bersama, kolaborasi persidangan antarabangsa serta pengukuhan jaringan keilmuan.

Antara pencapaian utama yang direkodkan ialah penghantaran lima pelajar UNISMUH bagi mengikuti program mobiliti di UTHM, sekali gus memperkukuh pertukaran ilmu, pendedahan amali dan pengalaman TVET berimpak.

Penjenamaan antarabangsa UTHM turut dipertingkat melalui sesi podcast bersama Dr. Zahrul Akmal yang disiarkan di saluran televisyen di Indonesia, sekali gus memperluaskan lagi visibiliti dan penjenamaan universiti kepada masyarakat serantau.

PANRITA #12 membuktikan impak berasaskan hasil yang nyata melalui pemeteraian MoU, pengukuhan mobiliti pelajar serta jaringan akademik, selain kesinambungan kolaborasi yang turut menyokong pencapaian satu geran antarabangsa dan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) oleh Prof. Madya Dr. Fadillah Ismail.

Pemeteraian kerjasama tersebut berupaya mengukuhkan lagi reputasi UTHM sebagai universiti peneraju TVET yang kompetitif dan diyakini peringkat antarabangsa.

Kumpulan Penyelidik ACTiVE UTHM tingkat kemahiran digital dan kepimpinan belia Simpang Renggam

Kumpulan Penyelidik ACTiVE UTHM tingkat kemahiran digital dan kepimpinan belia Simpang Renggam
SIMPANG RENGGAM – Kira-kira 50 belia, guru dan waris daripada pelbagai kaum di Simpang Renggam, Johor telah menyertai ‘Program Kepimpinan dan Kemahiran Digital ke Arah Kebolehpasaran Belia’ anjuran Kumpulan Penyelidik ACTiVE, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Penganjuran program yang memasuki tahun keenam itu diketuai oleh Ketua Pusat Penyelidikan ACTiVE, Profesor Madya Dr. Nor Lisa Sulaiman bersama pasukan penyelidiknya iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Kahirol Mohd Salleh, Profesor Madya Dr. Wan Hanim Nadrah Wan Muda, Ts. Dr. Zurina Yasak dan Dr. Siti Noor Fauziah Abd Rahim.

Mereka dibantu oleh 11 fasilitator dalam kalangan pelajar sarjana dan doktor pendidikan FPTV bagi menjayakan aktiviti yang berlangsung di Sekolah Menengah Islam As-Syddiq, Simpang Renggam pada 14 Februari 2026 lalu.

Program itu direka khusus untuk belia berumur 15 hingga 30 tahun, dengan modul yang memberi impak langsung kepada kebolehpasaran dan keyakinan diri peserta.

Modul program merangkumi ujian personaliti, kemahiran transversal, analisis SWOT, pembinaan Google Docs dan Google Forms, penjanaan kod QR, penggunaan Zoom dan Google Meet, serta pembangunan e-resume profesional menggunakan Canva.

Menurut Dr. Nor Lisa, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan UTHM dalam memperkasa komuniti melalui pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti belia, selaras dengan dasar digital inklusif kerajaan dan sokongan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dalam memperkasa pendidikan berkualiti dan meningkatkan literasi digital belia Malaysia.

“Selain memperkukuh kemahiran digital, program ini menjadi platform strategik bagi merapatkan hubungan UTHM dengan komuniti setempat.

“Pada tahun ini, ACTiVE turut menjalin kerjasama dengan komuniti Kampung Ulu Benut, Koperasi Montamah Paiman, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Sekolah Menengah Islam As-Syddiq, Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) dan Persatuan Pelajar Pascasiswazah KEPSIS, UTHM bagi menjayakan inisiatif tersebut,” tambah beliau.

Sekretariat Mahasiswa Anak Perak UTHM dan Majlis Perbandaran Manjung jayakan program CSR Pantai Pasir Bogak

Sekretariat Mahasiswa Anak Perak UTHM dan Majlis Perbandaran Manjung jayakan program CSR Pantai Pasir Bogak
Oleh Muhammad Hidayat Zianolabidin

MANJUNG, PERAK 14 Februari 2026 (Sabtu) - Sekretariat Mahasiswa Anak Perak, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SEMARAK UTHM) terus memperkukuh jaringan kolaborasi strategik bersama Majlis Perbandaran Manjung melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membersihkan kawasan Pantai Pasir Bogak.

Program itu diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan kebersihan kawasan pesisir pantai di samping memupuk nilai tanggungjawab sosial, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan mahasiswa serta komuniti setempat

Seramai 19 peserta terdiri daripada 11 mahasiswa serta lapan staf daripada Majlis Perbandaran Manjung dari Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Pembersihan dan Pengurusan Sisa Pepejal, Jabatan Landskap serta Bahagian Penguatkuasaan telah terlibat dalam menjayakan program itu.

Program dimulakan dengan taklimat kesedaran berkaitan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar yang disampaikan oleh Pembantu Kesihatan Awam, Khairuddin Khalid.

Beliau dalam taklimatnya berkata sisa pepejal perlu diuruskan secara sistematik bagi mengurangkan impak pencemaran terhadap ekosistem marin, selain pentingnya peranan komuniti dalam memastikan kawasan rekreasi awam berada dalam keadaan bersih dan selamat.

“Program ini diharap berjaya meningkatkan tahap kebersihan kawasan pantai dan dapat diteruskan secara berkala bagi memelihara kelestarian alam sekitar dan memastikan Pantai Pasir Bogak kekal bersih serta selamat untuk dinikmati oleh masyarakat dan pelancong,” tambah beliau.

Keseluruhan sisa yang dikumpulkan telah diasingkan mengikut kategori untuk tujuan pelupusan dan kitar semula oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung.

Hubungi Kami

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Tel :+607 4537000
Email: pro@uthm.edu.my
EDITORIAL
PENASIHAT
Prof. Ts. Dr. Elmy Johana Mohamad

WARTAWAN / PENYELARAS
Suriayati Baharom

GRAFIK/TEKNIKAL
Mohd Arshad Mohd Lokoman
Norain Azal

JURUGAMBAR
Mohd Faiz Abd Razak
Jaafar Muhammad

PENERBIT
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat

PENYELARAS BULETIN UTHM
Jabatan Komunikasi Korporat
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Copyright © 2026 news.uthm.edu.my
All rights reserved
Cookies user preferences
We use cookies to ensure you to get the best experience on our website. If you decline the use of cookies, this website may not function as expected.
Accept all
Decline all
Analytics
Tools used to analyze the data to measure the effectiveness of a website and to understand how it works.
Google Analytics
Accept
Decline
Unknown
Unknown
Accept
Decline
Marketing
Set of techniques which have for object the commercial strategy and in particular the market study.
Quantcast
Accept
Decline
Save
Cookies user preferences
We use cookies to ensure you to get the best experience on our website. If you decline the use of cookies, this website may not function as expected.
Accept all
Decline all
Analytics
Tools used to analyze the data to measure the effectiveness of a website and to understand how it works.
Google Analytics
Accept
Decline
Unknown
Unknown
Accept
Decline
Marketing
Set of techniques which have for object the commercial strategy and in particular the market study.
Quantcast
Accept
Decline
Save