Calendar

MAKLUMAN PROGRAM MUST MOVE: MELAKAR LANGKAH MENUJU KESEJAHTERAAN KAMPUS BERSAMA NAIB CANSELOR & PROGRAM AMANAT NAIB CANSELOR UTHM
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) dengan kerjasama Unit Integriti (UI) dan Pusat Sukan dan Kebudayaan UTHM (PSKU) akan menganjurkan Program Must Move bersama Naib Canselor & Amanat Naib Canselor seperti ketetapan berikut:
🗓 MUSTMOVE bersama Naib Canselor & Amanat Naib Canselor
📅 16 Oktober 2025 (Khamis)
🕢 7.50 – 10.00 pagi
📍 Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
🎯 Sasaran: Warga UTHM (Staf & Pelajar)
📝 Nota:
a. Peserta digalakkan memakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai.
Tema Pakaian : Warna Hitam
b. Bawa air minuman sendiri untuk kekal hidrasi sepanjang program dan menyokong kempen kampus tanpa botol plastik.
Sertai dengan semangat ceria dan penuh kebersamaan!
Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / Prof / Dr./ Tuan / Puan dijemput hadir menyertai program tersebut dan program ini akan diambil kira dalam keperluan jam latihan staf. Peserta perlu merekodkan kehadiran sejurus selepas program selesai.
TENTATIF
7.30 pagi - Ketibaan peserta
7.50 pagi - Sesi Regangan Ringan
8.00 pagi - Aktiviti Brisk Walk bersama Naib Canselor
8.45 pagi - Ucapan Naib Canselor
8.55 pagi - Sesi Gimik Peluncuran Sambutan Bulan Integriti Nasional peringkat UTHM
9.00 pagi - Sesi Penyerahan bendera UTHM kepada kumpulan pendaki (staf) Gunung Hallasan, Pulau Jeju, Korea Selatan
9.05 pagi - Staf UTHM masuk ke dalam DSI
9.20 pagi - Perarakan masuk Naib Canselor ke dalam DSI
9.25 pagi - Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku
9.30 pagi - Bacaan Doa
9.35 pagi - Amanat Naib Canselor "100 Hari NC: Melakar Langkah"
9.50 pagi - Bersurai