Calendar
PROGRAM JOM ! HANTAR E-WASTE (SISA ELEKTRIK & ELEKTRONIK) DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM), KAMPUS PARIT RAJA
Dimaklumkan bahawa Pejabat Kampus Lestari dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd akan membuka satu kaunter sementara untuk pengumpulan sisa elektrik & elektronik (e-waste) sempena program Jom! Hantar e-waste, bagi memberi peluang kepada warga universiti untuk melupuskan barangan elektrik & elektronik secara bertanggungjawab dan lestari mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 8 Mei 2026
Lokasi: Pusat Kitar Semula, Blok A20, UTHM Kampus Parit Raja
Apa yang boleh dihantar?
Peralatan elektrik kecil
Peralatan ICT / komputer
Telefon bimbit & aksesori elektronik
Alat permainan elektronik
Barangan elektronik yang rosak / tidak digunakan
Istimewa untuk Peserta
Hantar e-waste anda dan nikmati mata ganjaran yang disediakan oleh SWM Environment Sdn. Bhd.
Dapatkan merchandise percuma bagi setiap penghantaran sisa e-waste.
Muat turun aplikasi
(KITARecycle) untuk mengumpul untuk menebus mata ganjaran anda atau lawati laman sensawang rasmi www.kitarecycle.com untuk pendaftaran
Sehubungan itu, semua warga UTHM adalah digalakkan untuk mengambil bahagian dengan menghantar peralatan elektrik & elektronik yang tidak lagi digunakan ke kaunter sementara yang disediakan.

