Skip to main content

Calendar

Penarafan Energy Management Gold Standard (EMGS) 3 Star
From Wednesday 26 August 2026
To Friday 28 August 2026
Hits : 1425
Contact Pejabat Kampus Lestari - SCO

emg2026

 

*TAHUKAH ANDA?*

Setiap lampu yang dipadamkan, setiap penyaman udara yang digunakan secara berhemah dan setiap tindakan kecil kita dalam menjimatkan tenaga sebenarnya menyumbang kepada pencapaian besar UTHM.

Kini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sedang melangkah setapak lagi ke hadapan dalam memperkukuh pengurusan tenaga yang cekap dan lestari menerusi:

*PENARAFAN ENERGY MANAGEMENT GOLD STANDARD (EMGS) 3 BINTANG*

📅 *26 – 28 Ogos 2026*

📍 *Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)*

Penarafan ini merupakan satu lagi usaha penting UTHM dalam membudayakan pengurusan tenaga secara sistematik, meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta memperkukuh komitmen universiti terhadap agenda kelestarian kampus.

*Mengapa EMGS penting kepada kita?*

Kerana pengurusan tenaga bukan hanya tentang mengurangkan bil elektrik.

Ia adalah tentang bagaimana seluruh warga universiti bersama-sama:

✅ menggunakan tenaga dengan lebih cekap;

✅ mengurangkan pembaziran tenaga;

✅ mengurangkan pelepasan karbon;

✅ mengamalkan budaya kerja yang lebih lestari; dan

✅ memastikan UTHM terus berkembang sebagai sebuah kampus hijau yang bertanggungjawab.

 *Penarafan EMGS 3 Bintang bukan hanya pencapaian universiti sahaja, ia adalah pencapaian seluruh warga UTHM.*

Jom bersama-sama kita jayakan usaha ini.

“Merealisasikan agenda kelestarian dan dekarbonisasi kampus”

JIMAT TENAGA, BUDAYA KITA

#UTHM
#UTHHEMGS3Bintang
#SustainableCampus

Location UTHM
Cookies user preferences
We use cookies to ensure you to get the best experience on our website. If you decline the use of cookies, this website may not function as expected.
Accept all
Decline all
Analytics
Tools used to analyze the data to measure the effectiveness of a website and to understand how it works.
Google Analytics
Accept
Decline
Unknown
Unknown
Accept
Decline
Marketing
Set of techniques which have for object the commercial strategy and in particular the market study.
Quantcast
Accept
Decline
Save