Calendar
To Wednesday 31 December 2025

PERTANDINGAN KONSEP REKA BENTUK BANGUNAN CANSELORI UTHM 

Mahasiswa dan mahasiswi UTHM, inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kampus!
Ayuh serlahkan idea dan kreativiti anda dengan mencipta konsep reka bentuk Bangunan Canselori UTHM yang segar dan memiliki nilai inovasi yang tinggi. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Canselori dan terbuka kepada semua pelajar UTHM yang ingin mencabar kreativiti serta menyumbang kepada pembangunan masa depan universiti.
Sumbangan idea anda hari ini berpotensi menjadi inspirasi kepada pembentukan struktur ikonik kampus pada masa hadapan. 

Tarikh Penting:
13 Oktober โ 31 Disember 2025 : Penyertaan Dibuka
Hadiah Menarik Menanti Anda!
Wang tunai
Sijil penghargaan sebagai pengiktirafan atas kreativiti serta sumbangan idea anda
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UTHM!
Jangan biarkan imaginasi anda hanya di atas kertas โ zahirkannya dalam bentuk konsep bangunan yang mampu mencorak masa depan kampus. 
Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan, sila imbas kod QR yang disertakan dalam poster pertandingan.
Jom bersama-sama menghasilkan rekaan yang mencerminkan identiti, visi dan masa depan UTHM!
Daftar sekarang: https://forms.gle/