Calendar
Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M peringkat universiti seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 01 Julai 2026 / 15 Muharam 1448H (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Big Stage Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Perasmi : YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Sehubungan itu, YBhg. Prof./Tuan/Puan DIJEMPUT hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Kehadiran akan direkodkan dan dikira sebagai jam kursus bagi staf. Maklumat lanjut sila hubungi di talian Ust. Muhammad Amirulhakim bin Saparudin (014-902 7577).



