Calendar
JOM SERTAI PROGRAM OIL2RECYCLE 2026!
Tahukah anda minyak masak terpakai boleh mencemarkan alam sekitar jika dibuang secara tidak terkawal? Kini anda boleh menukarkannya kepada amalan lestari yang memberi manfaat kepada bumi dan komuniti!
Pejabat Kampus Lestari (SCO), UTHM dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad menjemput seluruh warga UTHM dan komuniti sekitar Batu Pahat untuk menyertai:
PROGRAM OIL2RECYCLE 
Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai Tertinggi
Peluang memenangi baucar Setel keseluruhan bernilai RM800!
17 Julai 2026
9.00 pagi – 11.30 pagi
Pusat Kitar Semula, Blok A20, UTHM
Harga pembelian minyak masak terpakai: RM3.00/kg
*kumpul minyak dari sekarang
Syarat mudah:
Pastikan minyak ditapis
Simpan dalam bekas yang bersesuaian sebelum dihantar
Setiap titisan minyak yang dikitar semula mampu membantu mengurangkan pencemaran dan menjadikan kampus kita lebih lestari.


