Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa syarikat yang berminat untuk mengisi kekosongan ruang perniagaan di UTHM seperti berikut :
- Pengurusan Kiosk Niaga Berkonsep di UTHM Kampus Induk Parit Raja
Syarikat yang berminat perlu membuat pembayaran RM10.00 bagi pembelian Naskhah Sebut harga melalui portal https://epayment.uthm.edu.my/ dan mengemukakan bukti bayaran bagi mendapatkan borang Naskhah di Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) Blok B3, Aras Bawah, UTHM Kampus Induk Parit Raja.
Dokumen lengkap secara hardcopy hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga Pejabat Kelestarian Kewangan (PKKew) selewat-lewatnya 12.00 tengah hari pada 05 Ogos 2026 (Rabu). Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi pejabat di talian 07-950 7953.