Semakan Panggilan Temuduga Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM Ambilan Semester I Sesi Akademik 2025/2026
Dimaklumkan calon yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ambilan Semester I Sesi Akademik 2025/2026 boleh membuat semakan panggilan temuduga melalui pautan dibawah mulai 27 Mei 2025 selepas jam 8 pagi.
Temuduga bagi calon UTHM akan diadakan pada 10 hingga 12 Jun 2025. Sila rujuk surat panggilan temuduga untuk maklumat lanjut.