|
|
|
|
|
|
|
"Berita, maklumat, dan kemajuan terkini UTHM kini di hujung jari anda. Layari Buletin UTHM terbaharu hari ini."
|
|
Buletin UTHM
|
|
|
|
|
100 Hari NC Melakar Langkah: UTHM tingkat kualiti dan kesejahteraan staf melalui pelbagai strategi inovatif
|
|
BATU PAHAT, 16 Oktober 2025 – Bersempena 100 hari Profesor Dr. Mas Fawzi Mohd Ali menjalankan amanah dan tanggungjawabnya sebagai Naib Canselor yang keenam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), beliau menitipkan beberapa amanat untuk perhatian dan tindakan warga kampus.
|
Dalam Majlis Amanat Naib Canselor: 100 hari NC Melakar Langkah, Prof. Mas Fawzi meluahkan hasrat untuk terus komited memperkasakan warga kampus melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bagi menyelesaikan isu-isu seperti kenaikan pangkat, kekurangan staf dan kesejahteraan warga kampus.
|
Dalam usaha memperbaiki proses kenaikan pangkat, UTHM telah menubuhkan satu taskforce khas untuk menambah baik kriteria serta memastikan tanggungjawab staf diambil kira secara adil.
|
Isu kekurangan staf yang dilihat sebagai cabaran global turut diberi perhatian melalui pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan peningkatan kompetensi staf menerusi latihan serta pendedahan antarabangsa.
|
UTHM juga prihatin terhadap masalah stres dan burnout dalam kalangan staf dengan melaksanakan program Kampus Edu-Tourism, geran khas CQI, serta penyesuaian program akademik.
|
Tambahan pula, kesejahteraan warga kampus diperkasa melalui aktiviti bulanan yang merangkumi aspek fizikal, mental dan rohani, selain inisiatif kendiri oleh kelab staf dan pelajar.
|
Prof. Mas Fawzi menegaskan bahawa strategi-strategi itu diharap dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, menyokong pembangunan modal insan yang holistik serta memperkukuh kecemerlangan universiti.
|
Pada masa yang sama, Prof. Mas Fawzi di bawah kepimpinannya turut meletakkan visi yang jelas untuk tahun 2030 iaitu menjadi ‘Universiti Unggul dalam Teknologi Lestari dan Pengangkutan.’
|
Menjelang 2030, UTHM digambarkan sebagai sebuah universiti yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan penyelidikan, tetapi juga menonjol dalam pengurusan yang cekap, kampus yang kondusif dan selamat, serta ekonomi yang berkembang pesat.
|
Kesejahteraan warganya turut diutamakan dengan menanam nilai amanah, profesionalisme dan inovasi sebagai budaya kerja utama.
|
Naib Canselor turut menekankan bahawa graduan UTHM pada 2030 akan dilahirkan sebagai individu yang kompeten, berakhlak mulia dan memiliki keupayaan kepimpinan, selaras dengan keperluan negara dan pasaran global.
|
“Dengan komitmen berterusan dan pendekatan inovatif, UTHM bukan sahaja mampu memacu kecemerlangan akademik tetapi juga membina komuniti kampus yang sejahtera dan produktif, selaras dengan aspirasi menjadi universiti bertaraf dunia,” katanya.
|
Dalam menyokong aspirasi universiti menjadi Global Technopreneur University menjelang 2030, Prof. Mas Fawzi turut menyeru seluruh warga UTHM untuk menghayati peranan masing-masing dalam merealisasikan visi tersebut.
|
"Aspirasi ini menuntut bukan hanya perubahan struktur dan sistem, tetapi juga perubahan minda.
|
Kita perlu menjadi universiti yang berfokus global, berdaya saing tinggi dan melahirkan teknousahawan yang mampu mencipta pekerjaan, bukan hanya mencari pekerjaan," katanya.
|
Terdahulu, Prof. Mas Fawzi bersama warga kampus telah menyertai aktiviti brisk walk ‘Must Move With VC’ sejauh tiga kilometer di sekitar kawasan kampus sebagai simbol usaha ke arah gaya hidup sihat dan kesejahteraan komuniti universiti.
|
|
Program anjuran Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) dengan kerjasama Unit Integriti (UI) dan Pusat Sukan Kebudayaan UTHM (PSKU) itu bertujuan untuk memupuk budaya sihat, mempererat hubungan silaturahim serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan staf dan pelajar.
|
|
|
|
|
|
|
E-MOVE 2025 berjaya lahirkan 30 syarikat pemula, lonjak keusahawanan elektrik negara
|
|
BATU PAHAT, 30 Okt 2025 – Pertandingan Usahawan Inovasi Teknousahawan Electric Mobile Vehicle (E-MOVE) 2025 melabuhkan tirai di The Katerina Hotel dengan kejayaan melahirkan 30 syarikat pemula berasaskan teknologi pengangkutan elektrik.
|
Majlis penutup dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Fazidah Mustafa.
|
Beliau dalam ucapannya menegaskan penganjuran E-MOVE adalah selari dengan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021–2025 dalam melahirkan graduan inovatif dan berdaya saing.
|
Program anjuran Pusat Teknousahawan Universiti (PTU) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu menghimpunkan penyertaan pelajar dari institut pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik, kolej komuniti dan ADTEC.
|
Sebanyak 19 kumpulan dari universiti awam, enam dari Politeknik, dan masing-masing satu dari Kolej Komuniti dan ADTEC berjaya menonjolkan idea dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan teknologi hijau.
|
Penajaan industri turut memperkukuh ekosistem teknousahawan, antaranya HPN & Techdata System Sdn. Bhd. menaja wang tunai berjumlah RM3,000 dan Cytron Technologies Sdn. Bhd. menaja baucar hadiah utama dan anugerah khas.
|
Kumpulan Ez Proter dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara, diikuti Fastlane Ventures dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Palma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
|
Manakala TuneX dan Compactra dari UTHM menerima Anugerah Khas (Emas).
|
Hadir sama memeriahkan majlis, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, yang juga Menjalankan Fungsi Naib Canselor UTHM; Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, KPT; Hazlan Abdul Hamid, Ketua Juri, Dr. Norazmi Alias merangkap Pengasas Bersama Katapult Asia Sdn. Bhd.; serta Pengarah PTU, Profesor Madya Sr. Dr. Nazirah Mohamad Abdullah.
|
|
“UTHM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka bidang teknousahawan elektrik demi masa depan negara yang lebih hijau dan berinovasi,” kata Dr. Nazirah.
|
|
|
|
|
|
|
|
13 bakal graduan UTHM jalani latihan di China, bukti universiti lahir graduan penuhi tuntutan industri
|
|
Oleh Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad
|
BATU PAHAT - Seramai 16 bakal graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta sejarah apabila diterima bekerja di Syarikat Altek Medical Sdn. Bhd., Iskandar Puteri, Johor sekali gus membuktikan kemampuan universiti ini melahirkan graduan yang memenuhi tuntutan industri.
|
Daripada jumlah tersebut,13 orang telah berangkat ke China pada 19 Oktober lalu bagi mengikuti program latihan intensif di Altek Medical (Kunshan) Limited, China.
|
Kumpulan pertama itu terdiri daripada tujuh pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), bersama empat rakan mereka dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) dan dua dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP).
|
Selepas melapor diri di Altek Medical, kesemua mereka dikehendaki menjalani kursus intensif selama sebulan di Kunshan, China, bagi meningkatkan kemahiran teknikal dan kefahaman terhadap budaya kerja antarabangsa.
|
Latihan itu berperanan mempersiapkan mereka untuk melaksanakan tugas secara efektif di Altek Medical, selain menjadi sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam melatih tenaga kerja muda tempatan ke arah standard industri bertaraf global.
|
Kejayaan mereka bermula apabila menghadiri sesi temu duga bersama Altek Medical pada 19 Jun dan 10 Julai 2025 lalu di FKEE.
|
Temu duga tersebut diadakan sempena FKEE FEST 2025, yang merupakan sebuah program tahunan fakulti dan berperanan sebagai jambatan strategik menghubungkan pelajar dengan industri.
|
Sesi temu duga yang diketuai Profesor Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad dan dibantu oleh Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan dan Alumni FKEE itu turut mendapat kerjasama daripada Dr. Mohamad Nazib Adon, FKEE; Ts. Dr. Hanani Abd Wahab, FKMP; Dr. Nor Kamariah Kamaruddin dan Dr. Rumaizah Ruslan, FPTP.
|
Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, FKEE, Prof. Madya Ir. Dr Nur Hanis Mohammad Radzi, inisiatif itu membuka ruang kepada pelajar tahun akhir untuk meneroka peluang kerjaya lebih awal melalui sesi temu duga secara terus bersama industri, sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan UTHM.
|
Sementara itu, Dekan FKEE, Profesor Ts. Dr. Asmarashid Ponniran pula berkata, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan program universiti yang berfokus kepada kolaborasi strategik bersama industri.
|
|
“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan universiti, malah membuktikan graduan FKEE UTHM memiliki keupayaan bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
KANZU Research UTHM raih Anugerah Geospatial Negara 2025
|
|
PUTRAJAYA, 8 Oktober 2025 — KANZU Research: Resilient Built Environment dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori ‘Akademia’ dalam Anugerah Geospatial Negara 2025 sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
|
Anugerah disampaikan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, kepada Profesor Madya Sr Dr. Noralfishah Sulaiman bersama pasukan penyelidiknya dari UTHM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan rakan teknologi geospatial RS & GIS Consultancy.
|
Projek penyelidikan bertajuk ‘A Collaborative Multi Agencies Platform for Building Resilient Communities’ yang mendapat tajaan Global Challenge Research Fund (GCRF) dan Engineering Physical Science Research Council (EPSRC), United Kingdom itu telah membangunkan platform digital bersepadu untuk koordinasi agensi pengurusan bencana, ketua komuniti dan golongan rentan.
|
Menurut Dr. Noralfishah, sistem itu mengintegrasikan data geospatial risiko bencana seperti banjir dan tanah runtuh, serta teknologi IoT, sistem amaran awal, satelit dan dron.
|
“Kajian kes projek ini dilaksanakan bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan diuji oleh Bahagian Geo-Spatial Pertahanan JUPEM melalui Program Eksesais & Simulasi DGIM-MOBILISE di UTHM.
|
“Sistem MOBILISE kini berpotensi digunakan sebagai platform kolaboratif pelbagai agensi dalam pengurusan Risiko Pengurangan Bencana (DRR) dan Adaptasi Perubahan Iklim (CCA),” katanya.
|
|
Kejayaan itu mengukuhkan kedudukan UTHM sebagai peneraju teknologi IR4.0 dan penyelidikan daya tahan alam sekitar, serta menyumbang kepada penyelesaian cabaran pengurusan bencana di peringkat nasional dan global.
|
|
|
|
|
|
|
|
UTHM meterai kerjasama strategik dengan 17 industri, perkasa ekosistem TVET negara
|
|
Oleh Suriayati Baharom, Ts. Dr. Muhammad Rusydi Muhammad Razif
|
PAGOH, 14 Oktober 2025 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) hari ini memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan 17 rakan industri dalam pelbagai bidang termasuk tenaga solar, automasi industri, elektronik, sistem rel, tekstil dan teknologi bangunan.
|
Majlis menandatangani 11 memorandum persefahaman (MoU) dan lapan memorandum perjanjian (MoA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh itu melibatkan nilai manfaat keseluruhan melebihi RM1.5 juta.
|
Kerjasama itu bertujuan memperkukuh pelaksanaan aktiviti akademik, penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi melalui perkongsian kepakaran, pembangunan teknologi, latihan industri serta pensijilan kompetensi profesional.
|
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Dato’ Sri Ibrahim Ahmad yang menyempurnakan majlis perjanjian tersebut menyifatkan inisiatif sebegitu sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara akademia dan industri.
|
“Kami di universiti bukan sekadar menghasilkan output, tetapi perlu fokus kepada outcome yang memberi manfaat sebenar kepada masyarakat dan negara.
|
“Kita tidak mahu universiti menjadi entiti yang terasing, sebaliknya ia mesti berorientasikan rakyat, dan anak-anak kita ini perlu disediakan laluan kerjaya yang bermaruah dengan tawaran gaji yang munasabah.
|
“Saya melihat strategi seperti yang diterajui oleh FTK bersama rakan-rakan industri ini sangat baik kerana kita perlu terus membina model kerjasama yang membolehkan universiti bertindak sebagai penyedia teknologi dan rakan strategik industri," katanya.
|
UTHM turut menerima sumbangan endowmen in-kind bernilai RM52,000 daripada Solaroo System Sdn. Bhd. berupa peralatan makmal seperti panel solar dan kelengkapan kursus fotovoltaik (PV), termasuk penganjuran kursus khas untuk staf universiti.
|
Sementara itu, Mindmatics Sdn. Bhd. tampil sebagai rakan industri dalam bidang elektronik pertahanan dan keselamatan siber, dengan projek bersama termasuk penambahbaikan radar CAMAR melalui geran IMaP bernilai RM110,800, pembangunan sistem pemantauan komunikasi radio, serta program latihan Cyber Range untuk pelajar dan staf UTHM.
|
Professional Industry Training Centre (PITC) di bawah FTK juga memainkan peranan penting dalam menyokong ekosistem kolaborasi ini melalui pelaksanaan program latihan dan pensijilan kompetensi profesional.
|
Majlis turut menyaksikan perasmian FTK Mart oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Mas Fawzi Ali dan FTK Executive Lounge oleh Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, sejajar dengan aspirasi universiti ke arah menjadi Global Technopreneur University (GTU 2030).
|
Turut dikongsikan, kejayaan dua Syarikat Terbitan Universiti (STU), Pro Nature Living Solution (PNLS) dan Bambusoideae Technology Sdn. Bhd., yang menghasilkan produk kesihatan dan bahan berasaskan buluh.
|
|
Dengan kerjasama berterusan bersama industri, FTK UTHM terus komited untuk memperkasa ekosistem TVET universiti dan melonjakkan UTHM sebagai institusi bertaraf dunia yang berdaya saing dan berimpak tinggi.
|
|
|
|
|
|
UTHM-JPK jalin kerjasama perkasakan TVET, mahu lahir tenaga mahir berkualiti
|
|
SEPANG, 14 Okt 2025 - Selaras dengan aspirasi negara untuk memperkasakan TVET dan melahirkan tenaga mahir yang berkualiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia bagi menjalin kerjasama dalam bidang akademik, perundingan, latihan, penyelidikan, pertukaran serta perkongsian maklumat dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
|
Perjanjian kerjasama bagi tempoh lima tahun itu yang diadakan di Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang itu diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, manakala JPK pula diwakili oleh Ketua Pengarah, Ts. Zuleah Darsong.
|
Hadir sama ke majlis tersebut, Pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRIVET) UTHM, Prof. Dr. Badaruddin Ibrahim dan Timbalan Pengarah (Jaringan Masyarakat Dan Pemindahan Ilmu), Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat, Dr. Raden Mohd Farhan Helmy Raden Ismail.
|
Perjanjian MoU itu adalah lanjutan daripada perbincangan dua pihak, susulan daripada kunjungan hormat dan lawatan kerja JPK ke MyRIVET pada 6 Mac 2025 lalu.
|
Pada majlis yang sama, JPK turut mengadakan pertukaran MoU dengan tiga rakan strategik yang lain, iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Malaysia Aviation Skills Standard Association (MASSA) dan Vistouso Sdn. Bhd.
|
Untuk rekod, JPK merupakan jabatan penting yang berfungsi untuk menyelaras dan mengawal pelaksanaan sistem latihan kemahiran bagi melahirkan k-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
|
JPK juga melaksanakan penyelidikan dan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
|
|
Atas sebab itu, JPK menjadi rakan strategik yang penting bagi UTHM sebagai universiti teknikal peneraju TVET di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
UTHM bantu jayakan Skuad WAJA Siswa Negeri Johor 2025, tangani gejala sosial mahasiswa IPT
|
|
Oleh Dr. Tasiransurini Ab Rahman, Suriayati Baharom
|
BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus menunjukkan komitmen dalam memperkasa sahsiah mahasiswa dan menangani gejala sosial melalui penganjuran Program Skuad WAJA Siswa Negeri Johor 2025 (SWS 2025) yang berlangsung di Dewan Kuliah A, kampus induk pada 23 Oktober 2025 lalu.
|
Program anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
|
SWS 2025 bertujuan menyantuni mahasiswa dan meningkatkan kesedaran terhadap isu sosial dan jenayah di institusi pengajian tinggi (IPT).
|
Antara slot ceramah yang diadakan termasuk “Bicara Sahabat: Mahasiswa Prihatin”, “Pengenalan Skuad WAJA dan E.A.R.S (Empati, Atensi, Respon, Sokongan)” serta “Reproduktif Seksualiti: Menjana Generasi Bijak”.
|
Program turut diserikan dengan pameran agensi kerajaan, kaunter perkhidmatan MEKAR, Jabatan Pendaftaran Negara dan jualan produk usahawan.
|
Program ini menghimpunkan lebih 315 peserta dari UTHM, Institut Perguruan Guru Tun Hussein Onn (IPGTHO), Kolej Komuniti Batu Pahat, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading dan Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja.
|
Sebelum ini, SWS 2025 telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
|
Dalam majlis yang sama, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) turut melancarkan Skuad WAJA Subur Sahsiah Mulia (SUSILA), kesinambungan kempen sahsiah yang bermula sejak 2023.
|
Menurut Dekan FKEE, Profesor Ts. Dr. Asmarashid Ponniran, SUSILA memberi fokus kepada pembentukan akhlak mahasiswa melalui pelbagai kempen seperti anti dadah, anti buli, adab cerminan diri, perangi rasuah, jauhi zina dan kesihatan mental.
|
“Inisiatif ini mencerminkan sinergi erat antara UTHM dan agensi kerajaan dalam membentuk generasi pelapis yang berakhlak mulia serta bebas daripada gejala sosial,” katanya.
|
|
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Profesor Ts. Dr. Rabiah Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah JPW, Dr. Faridah Awang; Ketua Pengarah LPPKN, Dato’ Abdul Shukur Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dato’ Seri Azman Ibrahim dilantik ICON Industry CEO@University, perkukuh hubungan UTHM-industri
|
|
Oleh Dr. Mohd Hafizal Hanipah, Suriayati Baharom
|
KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato’ Seri Azman Ibrahim telah dilantik sebagai ICON (Industry CEO@University) oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi memperkukuhkan lagi hubungan strategik universiti-industri.
|
Pelantikan itu juga bagi menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi yang ingin melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.
|
Menurut Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Profesor Ir. Dr. Mohd Haziman Wan Ibrahim, pelantikan Dato’ Seri Azman bakal membuka ruang kerjasama UTHM dengan syarikat-syarikat berprestij, sekali gus memperkasakan lagi hubungan universiti–industri selaras dengan misi universiti dalam menghasilkan graduan yang relevan dengan keperluan industri.
|
“Sebagai ICON, beliau akan memberi input dan panduan strategik melalui syarahan, seminar dan bengkel kepakaran, serta menyokong penambahbaikan kurikulum, pembangunan graduan dan program pembangunan bakat, supaya mahasiswa bersedia menghadapi keperluan pasaran kerja dan inovasi semasa.
|
“Pelantikan ini juga dijangka memperluas jaringan kerjasama universiti dengan industri dan menyokong pelaksanaan program UTHM Prihatin, yang menekankan kebajikan serta kesejahteraan masyarakat,” katanya.
|
Aktiviti bersama ICON juga turut melibatkan perkongsian ilmu dan kepakaran melalui penganjuran kursus, program pemindahan ilmu, jemputan sebagai keynote speaker serta bengkel teknikal bersama warga fakulti.
|
Rentetan itu, satu kunjungan hormat delegasi UTHM ke pejabat beliau telah diadakan pada 8 Oktober 2025 lalu.
|
Kunjungan yang diketuai Dekan FKAAB itu turut disertai Prof. Madya Ts. Dr. Rafidah Hamdan, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan; Ts. Dr. Syed Burhanuddin Hilmi Syed Mohamad, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan Norfaizah Ismail, Timbalan Pendaftar.
|
|
“Pelantikan ini diharap dapat memperluas jaringan strategik dalam pelbagai bidang penyelidikan, inovasi serta keusahawanan yang mampu memberi impak positif kepada kemajuan ekonomi negara dan daya saing global institusi pengajian tinggi,” tambah Prof. Haziman.
|
|
|
|
|
|
|
STU UTHM bantu tubuh koperasi, tingkat taraf hidup komuniti kampung
|
|
LAHAD DATU, 7 Sept. 2025 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan usaha murni membantu masyarakat luar bandar menaikkan taraf hidup mereka dengan menubuhkan Koperasi Penduduk Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah.
|
Usaha itu telah dilaksanakan melalui Syarikat Terbitan Universiti (STU) iaitu Ittihad Maju Jaya Sdn Bhd (IMJ) yang diketuai oleh Dr. Mohd Zainizan Sahdan.
|
Terdahulu, IMJ telah berjaya membina lima telaga tiub berhampiran tangki air di kampung itu yang dianggarkan mempunyai kapasiti keseluruhan air sebanyak dua juta liter sehari.
|
Manakala pembinaan loji rawatan air pula dijangka siap pada pertengahan tahun 2026.
|
Menurut Dr. Zainizan, penubuhan koperasi itu bertujuan untuk menguruskan penjualan air kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang dianggarkan berjumlah melebihi RM90 ribu setahun.
|
Kebanyakan masyarakat di sana bekerja sebagai nelayan dan pemetik buah kelapa sawit dengan purata pendapatan antara RM1000 hingga RM1500 sebulan.
|
“Pendapatan bulanan itu tidak dapat menampung keperluan mereka terutama yang mempunyai ramai anak.
|
“Penubuhan Koperasi ini diharap dapat mengubah nasib mereka yang memerlukan bimbingan terutama dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran koperasi,” katanya.
|
Pihak UTHM telah membantu dalam mendaftarkan koperasi tersebut dan akan bertindak sebagai pemantau supaya penduduknya dapat dibimbing dengan sewajarnya terutama dalam hal pengurusan koperasi.
|
|
“Selain mengharapkan hasil jualan air kepada JANS, perancangan masa depan koperasi itu adalah untuk menjadi pembekal hasil laut yang akan dieksport ke Semenanjung dan Singapura,” tambah beliau.
|
|
|
|
|
|
STEM Venture @ SK Medini jadi tumpuan, meriahkan International Co-Curricular Carnival 2025
|
|
JOHOR BAHRU, 26 Okt 2025 – Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi rakan strategik kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Medini dalam penganjuran International Co-Curricular Carnival 2025, sebuah program bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pelajar dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
|
Karnival itu bertujuan memperkukuh pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran pelajar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum berasaskan pembelajaran pengalaman sebenar (hands-on), di samping memupuk nilai murni seperti kerjasama, toleransi, disiplin dan semangat berpasukan.
|
Sebagai rakan strategik, ICRC UTHM dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) serta Makerspace UTHM, telah menganjurkan program STEM Venture @ SK Medini yang menjadi tumpuan utama sepanjang karnival berlangsung.
|
Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Sekolah Angkat UTHM, yang berperanan memperkukuh hubungan universiti–komuniti melalui pendekatan pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah rendah.
|
Melibatkan 256 pelajar sekolah rendah dari dalam dan luar negara, program itu turut disertai oleh 59 pelajar dan 23 staf UTHM yang bertindak sebagai fasilitator dan juri dalam pelbagai aktiviti pertandingan yang dijalankan.
|
Sebanyak lima modul pertandingan STEM telah dilaksanakan iaitu Water Rocket, Bridge Building, STEM Explorace, Pertandingan Drone dan Bengkel Robotik.
|
Pelbagai aktiviti menarik berjaya mencetuskan keterujaan peserta antaranya pelancaran roket air yang meluncur tinggi ke udara dan pertandingan bina jambatan yang menguji kreativiti dan ketahanan struktur rekaan pelajar.
|
Aktiviti STEM Explorace pula memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan konsep sains dan matematik secara menyeronokkan, manakala Pertandingan Dron dan Bengkel Robotik memperkenalkan mereka kepada teknologi terkini dalam bidang robotik, automasi dan penerbangan.
|
Menurut Pengarah ICRC UTHM, Prof. Madya Ts. Dr. Faridah Kormin, penganjuran program itu bukan sekadar platform untuk memupuk minat terhadap bidang STEM, tetapi juga merupakan usaha memperkukuh hubungan universiti-komuniti serta memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa melalui penglibatan sekolah dari negara jiran.
|
“Program ini adalah manifestasi komitmen UTHM dalam memperkasakan komuniti melalui inisiatif ‘Sekolah Angkat’ yang berimpak tinggi.
|
“Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini dalam membentuk generasi muda yang celik STEM, berdaya saing dan berwawasan,” katanya.
|
|
UTHM komited untuk terus menjadi rakan strategik kepada pelbagai institusi pendidikan dalam dan luar negara bagi memperkasa pendidikan komuniti serta melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hubungi Kami
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor, Malaysia Tel :+607 4537000 Email: pro@uthm.edu.my
|
|
EDITORIAL PENASIHAT Prof. Ts. Dr. Elmy Johana Mohamad
EDITOR Fazita Md Tab
WARTAWAN / PENYELARAS Suriayati Baharom
GRAFIK/TEKNIKAL Mohd Arshad Mohd Lokoman Norain Azal
JURUGAMBAR Mohd Faiz Abd Razak Jaafar Muhammad
PENERBIT Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat
PENYELARAS BULETIN UTHM Jabatan Komunikasi Korporat
|
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|