Skip to main content

Pengenalan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (singkatan: UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Penubuhan UTHM adalah mengkhusus dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional (TVET), kejuruteraan teknologi, kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam bina, kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta sains gunaan. Universiti ini juga adalah salah satu daripada 4  Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menfokus kepada bidang " sustainable technology and transportation "  .

Visi

Menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan

Misi

Menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid

Moto

Dengan Hikmah Kita Meneroka

Hala Tuju

UTHM sebagai sebuah Global Technopreneur University 2030 (#GTU2030)

Objektif

UTHM EDU-TRAIN
Membangun graduan kompeten, profesional dan entrepreneurial

UTHM TECHNOPRENEUR
Menyediakan ekosistem pembangunan technopreneur

UTHM PRIHATIN
Menjalankan tanggungjawab sosial kepada komuniti dan alam sekitar

UTHM GOVERNAN
Mengamalkan tadbir urus cekap dan budaya kerja berprestasi tinggi

Falsafah Pendidikan

Pendidikan dan latihan UTHM berteraskan paradigma tauhid bagi menghasilkan graduan kompeten, profesional dan berdaya keusahawanan dipacu teknologi termaju untuk pembangunan sejagat

Nilai Bersama

AMANAH
PROFESIONAL  
INOVATIF

Logo Rasmi

logo uthm 200px png
Penerangan lanjut sila rujuk Manual Korporat Universiti yang boleh dicapai di laman web Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM ( https://korporat.uthm.edu.my ).

Dasar dan Objektif Kualiti

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia beriltizam untuk menyediakan program akademik berkualiti tinggi berteraskan Kejuruteraan, Sains dan Teknologi bagi memenuhi kehendak pelanggan melalui kecemerlangan sistem pengurusan kualiti selari dengan ISO 9001:2015.


OBJEKTIF KUALITI

Staf UTHM komited melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan objektif kualiti tahun semasa berikut dicapai, dipantau dan dikaji semula sejajar dengan visi dan misi Universiti.

  1. Memastikan enrolmen pelajar melebihi 90% daripada sasaran (20,000).
  2. Memastikan enrolmen pelajar antarabangsa melebihi 6% daripada jumlah enrolmen semasa.
  3. Memastikan dana penyelidikan baharu melebihi RM20 Juta setahun.
  4. Memastikan H-Index (SCOPUS) universiti meningkat 1 nilai indeks setiap tahun.
  5. Memastikan kebolehkerjaan graduan setelah 6 bulan bergraduat melebihi 80%.
  6. Memastikan peratus penjanaan pendapatan melebihi 15% daripada kos operasi universiti.
  7. Memastikan aduan berkaitan sistem atau peralatan pengajaran dan pembelajaran diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.
Save
Cookies user preferences
We use cookies to ensure you to get the best experience on our website. If you decline the use of cookies, this website may not function as expected.
Accept all
Decline all
Analytics
Tools used to analyze the data to measure the effectiveness of a website and to understand how it works.
Google Analytics
Accept
Decline
Unknown
Unknown
Accept
Decline
Marketing
Set of techniques which have for object the commercial strategy and in particular the market study.
Quantcast
Accept
Decline